Halaman

Selasa, 14 Februari 2012

TUESDAY BLUES


korang pernah tak dengar citer tajuk dia macam DIA MILIK ku.. lakonan Norish Karman. kisah dia macam ni, si Norish Karman ni watak dia surirumah sepenuh masa, dan mempunyai anak dua orang, sorang laki, sorang perempuan. suami dia businessmen. kira gaji besau la.

suami dia ni ada secretary baru sebab secretary lama bersara(rasanya dalam citer tu  secretary dia bersara nak tumpukan pada family).. so si secretary baru ni pandai le main kata-kata manis untuk memikat hati bos dia(suami si norish ni).. last-last dia menghubungi bos dia dengan alasan exboyfren dia nak apa-apakan dia.. so pergi la si bos ni ke hotel/ tempat si secretary tu menginap. bila dah sampai, si secretary ni pun mengadu domba dan peluk si bos ni (konon minta tempat perlindungan)...akhirnya syaitan menjadi orang ketiga (paham-paham le ye)

si suami rasa serba salah cox dia amat menyanyangi isterinya (lakonan si norish), dan anak-anak.. tapi ada kawan si suami ni hasut supaya supaya mengawini si secretary tadi yang cun, comel, montok. Bila si suami mengutarakan keinginannya (campur ngan rasa bersalah), si isteri tadi kesedihan, dan anak-anak mereka pulaukan si ayah.

walaupun hatinya pedih, di curangi, akhirnya si isteri membenarkan si suami mengawini si secretary tadi.. lepas diaorg berkawin, barulah si suami tadi baru perasan bahawa kebahagiannya lebih terasa bila bersama isteri pertama. akhirnya jaranglah dia balik ke rumah isteri kedua (yang mula dah rasa bosan) sebab si isteri kedua tu dah start minta macam-macam ... tidak lama selepas itu, kecurangan dan muslihat isteri kedua terbongkar, bila si suami terserempak dengan nya bersama-sama seorang lelaki (yang didakwa exboyfren) padahal boyfren dia.

akhirnya suami kembali kepada isterinya(norish).. dan menyesal kerana ikutkan nafsu.akhirnya mereka kembali bahagia...

moral of story, 
macam-macam orang akan lakukan jika mahu mengejar kemewahan dan kekayaan. walaupun terpaksa menjual tubuh. itulah ape yang hakikatnye. tetapi ketahuilah, sampai mana kebahagiaan itu akan bertahan andai kamu menggunakan cara kotor untuk mendapatkanye?

"aku tahu aku bersalah, tetapi kesalahan itu bukan aku sorang yang patut tanggung"? beginilah ayat yang akan terkeluar dari manusia-manusia yang mencari kebahagian dari jalan yang kotor. jika tidak mahu menanggung balasan itu, maka dari awal lagi sepatutnya kamu hindar dan mencegah bukan dengan mengikut hawa nafsu kamu. dan sekarang kamu mahu orang lain terpaksa menanggung kesalahan-kesalahan yang kamu mulakan dulu? sepatutnya kamu "bertaubat" bukan dengan mengharap belas ihsan dan simpati atas kesalahan kamu.

bila kita tersedar dari kesilapan, kita perbaiki dan hindari kejahatan itu, dan kembali ke jalan lurus, tapi kamu? bercakap pasal iman? takdir? tetapi kamu tetap di jalan kejahatan...

tepuk dada tanya selera

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

k.ros rindu akk taw...huhu... - nani ismail