Halaman

Selasa, 21 Februari 2012

Tanda Tanya?

 hehehehe kawan-kawan mesti duk fikir ape lah tetiba cik mama ni bagi tajuk 'TAnda Tanga?' dah memang tajuk dia tanda tanya.. so mesti lah ada jawapannya.. cuma tak pasti adakah jawapan itu betul atau salah kan?


begini lah, sejak akhir2 ni aku lihat ramai lak pasangan-pasangan yang berpisah kerana 'orang ketiga'. aku ada seorang kawan yang berpisah dengan suaminye gara-gara dia ada 'orang ketiga'

aku heran betul, ape sebenarnye diaorg fikir pasal perkahwinan? adakah senang-senang bila ada masalah di selesaikan dengan 'perpisahan'? kenapa tidak duduk semeja berbincang ape masalah masing?
dan satu lagi kenapa perlu luahkan pada pihak yang ketiga? jika sesama jantina tidak ada masalah. tetapi jika berlainan jantina tentu akan hadir juga perasaan halus itu. sedangkan agama kita membataskan pergaulan kita sesama manusia, kenapa kita lupa akan batasan itu?

bila terjadi, kita mula salahkan orang lain. kita mula mencari kesalahan pasangan kita demi menutup kesalahan yang kita buat. kita buat alasan tersendiri yang kadang kala tentu sekali tidak masuk akal.

ada suami mengatakan "saya mahu gertak dia (isteri) sahaja. saya nak tengok dia macam mane?" pelikkan ayat dari suami macam tu? ape yang perlu digertak? sedangkan dia tahu isterinye amat menyintai dia. perlukah dia(suami) mengertak isterinya yang selama ni setia menunggu kepulangannya? atau hanya mahu menutup kesalahan, supaya kesalahan itu berpaling pada si isteri?

ada suami juga, baru setahun dua kahwin, dah cari pasangan lain.. yang paling meruntum hati saya bila ada suami bertanya pada pasangannya "kenapa ye kita berkahwin?" sungguh tidak berhati perut soalan yang ditujukan suami itu. sedangkan yang merisik, meminang, dan yang mula-mula menghulurkan tangan untuk percintaan adalah kamu? adakah kamu lupa masa kamu di ijab kabul, ape peranan kamu? adakah kamu lupa tanggungjawab kamu di muka bumi ini? 

aku heran lah dengan lelaki zaman sekarang.. ape yang diaorg cari pun aku tidak tahu. satu lagi pasal pompuan yang cari orang ketiga atau jadi orang ketiga ni.. memang la kamu rasa seronok menumpang kasih kat jantina yang berlainan. tetapi kamu sudah mengjangkaui batas-batas pergaulan kamu. kamu sepatutnya mencari formula kebahagian dengan pasangan kamu, bukan dengan orang lain.

ni hanya lah pendapat aku sahaja.. sebab aku rasa cukup meluat n marah dengan orang2 sebegini.. lupakah mereka pada JANJI-JANJI ALLAH swt? aku bukan perfect pun juga tetapi aku cuba mencari kebenaran dan untuk terus berada di landasan yang betul supaya aku tidak lari dari landasan itu. 

ini untuk peringatan diriku jua semoga Allah swt melindungi aku dari manusia-manusia sebengini.. semoga aku tidak terpengaruh dengan anasir2 kejahatan. sekian,

Tiada ulasan: