Halaman

Rabu, 8 Februari 2012

Antara Kawan Sahabat atau Musuh


arini tertiba terbaca satu artikel pasal kawan makan kawan. Jika sebelum ni aku tengok jer dalam filem atau drama TV. Rupanya kat realiti berlambak ada.

ni aku nak kupas sikit pasal kawan, sahabat atau musuh. Kita kalau boleh mahu berkawan dengan seramai yang boleh. tapi kena juga tengok kawan tu jenis macam mane. adakah kawan itu mahu berkawan dengan kita kerana  mempunyai maksud yang sama atau sebaliknya? Jika kawan tersalah pilih kawan dan terikut-ikut dengan sosial kawan-kawan kita tu habis la.. kalau ke arah kebaikan dan jalan yang di redhai ALLAH swt .. ku ucapkan ALHAMDULILLAH... tetapi kalu ke jalan kemungkaran? Nauzubillah..


sahabat, tak semua kawan kita anggap sahabat. Kerana sahabat lah yang akan berada di sisi kita tidak kira sama ada kita susah atau senang. Sahabat juga akan memberi kita semangat dan nasihat andai kita dalam kecewa.. tetapi bagaimana dengan sahabat yang memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada sahabat nye yang terang-terang telah melakukan kesilapan dan kejahatan? yang itu berbalik semula kepada tersalah pilih kawan. kena tepuk dada tanya selera lah ye..

MUSUH.. hahha aku tulis ngan capital letter lagi perkataan ini.. musuh yang memang dari dulu tidak la kisah sangat tapi jika musuh itu wujud dari kalangan kawan / sahabat memang menyakitkan.. sampai bila-bila ia akan teringat dan tersimpan dalam memori. apatah lagi jika musuh itu memang dari dulu berniat jahat. berkawan dan bersahabat hanya untuk memenuhi agenda tersembunyi.. aku ada jumpa beberapa maknusia yang perangai camni.. yang akan ambil kesempatan di atas kelurusan insan yang tidak bersangka buruk terhadap orang lain demi memenuhi matlamat yang tersendiri tanpa memikirkan batasan AGAMA dan DOSA.


nasihat aku pada teman-teman kat luar, berhati-hati lah pilih kawan supaya tidak terkena dengan musuh yang merupai kawan/sahabat anda dan bila tiba masanya akan menikam anda dari belakang. 

cewa.. chow chee chow..



Tiada ulasan: