Halaman

Memaparkan catatan dengan label cerita ku cerita mu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita ku cerita mu. Papar semua catatan

Isnin, 21 Mei 2012

ops...:) tetiba blushing wink wink :)


hehehe dapat reply email dari incik hubby buat aku blushing tetiba.. ops.. camne tu ye.. hahhahaha klakar pun ada.. ape ape lah incik hubby ni.. wat i malu jer.. kui kui kui

 
 gambar dari mr google

heheh sile jeleskan diri anda.. 

Jumaat, 18 Mei 2012

Shhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!11


salam semua, dalam sejam lagi aku nak kena g DINNER dengan cik GULA-GULA HATI.. kamu pakai baju ape ye cik GULA-GULA HATI? tema kita malam ni bollywood kan?

aku ni suka baca blog-blog kawan dan juga ceramah-ceramah.. yelah diri ini serba kekurangan.. masih perlu mempelajarinya lagi..

ada satu kisah ni menarik perhatian aku. hehehe tapi sebelum tu aku nak kongsi tips dari AGM yang sama-sama datang kursus dengan aku. 

sebelum balik, AGM ni share dengan aku pahit manis dia dari masa muda sampai lah jadi AGM. Dia cakap hidup ni kena ada matlamat. dia ada  6 orang anak. dia cakap dia nak anak-anak dia setiap sorang dapat satu bilik. guess what? sebab bila anak-anak sorang dapat satu bilik, maknanya anak-anak akan selalu balik. dia juga bagi tahu kenapa anak-anak sekarang tidak mahu balik umah masing? kerana perlu share dengan adik beradik lain dan tentu sekali tidak ada privasi. yup bagi yang berkemampuan tentu dapat memenuhi matlamat kita kan?

oh dia bukannye terus jadi AGM, dia cakap masa mula-mula kawin dia menyewa, tahun kedua dia beli rumah. waktu tu dia hutang dengan orang tua dia. bila dapat anak lebih yang menempatkan sorang sebilik, dia beli yang lain. dulu dia ada 4 buah rumah. tapi dijualnya dua untuk beli rumah yang lebih besar dan selesa seperti sekrang. dia juga menyimpan duit dari awal perkahwinan. kalu ikutkan dari segi cakapnya, dia mungkin hidup bersederhana pada awal perkahwinannya..

tetiba dia cakap, lelaki ni kelemahan dia perempuan, perempuan yang mengoda dan gedik senang sahaja memikat hati lelaki. terutama lelaki yang sudah bergelar suami. mereka yang dah kawin ni cepat perasan. bila perempuan yang gedik menggoda sikit, dia dah rasa di sayangi. mmm adakah semua lelaki macam tu? tapi aku rasa tak semua kan? cuma segelintir sahaja. tapi kebanyakkan kan? hhahahhaa

satu lagi lelaki yang ingin berkawin lebih dari satu adalah lelaki yang tidak memikirkan masa depan anak-anak? bagi yang sudah jutawan tentulah dia mampu. Isteri tak perlu kerja pun. tetapi dari yang baru nak naik ni? anak-anak masih kecil atau baru nak memasuki alam persekolah, isteri pula terpaksa bekerja bagi membantu suami . lelaki jenis ini hanya mahu fikirkan kawin sahaja..lepas kawin baru nak fikir..<-- ini adalah kata-kata dari seorang lelaki iaitu AGM tadi.



bak kata NABIL.. lu fikir la sendiri...

Rabu, 16 Mei 2012

WORKSHOP OCIEN


salam semua.. sekarang aku sibuk dengan workshop kat PD pada 16-18 MAY 2012. kitaorang kat sini nak test system baru, OCIEN...setelah seharian berpecah otak... tepat jam 5pm kami semua ke eagle range resort tuk main go kart & archery.. tapi malangnye tidak dapat main archery under maintaince.. so kita orang seramai 28 orang main go kart..


gambar akan di upload kemudian hehhee :)

besok petang activiti snorkeling lak.. harap laut tidak bergelora... :)

Khamis, 3 Mei 2012

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KAMI!!!!



salam sayang semua.. arini genap 5 tahun kami berkahwin... semoga ALLAH panjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat. Lindungi perkahwinan kami dari hasad dengki manusia. Semaikan benih cinta antara kami hingga ke akhir hayat. dan patahkan segala cubaan-cubaan yang ingin memisahkan kami.

ku berdoa padaMU ILAHI, ku hanya manusia biasa, mana mampu menahan gelora dan dugaan yang ko berikan. berikan la ku kekuatan dan lindungi lah daku dalam Lindungan Mu.

ku pohon padaMU ya ALLAH, ku pohon padaMU, berikan petunjuk dan hidayah kepada manusia-manusia yang mempunyai niat jahat terhadap kami, tunjukkan kepada mereka jalan kebenaran.

amin ...

Isnin, 30 April 2012

Cintai ALLAH swt atau cinta manusia???

Ada orang kalu nak pergi jauh-jauh, outstation dan sebagainya mesti habiskan masa dengan anak-anak dan isteri. yelah mana tahu pergi kali ini tidak dapat berjumpa lagi dengan anak-anak dan isteri. tapi ada juga yang rasa tidak begitu penting. suka buat hal sendiri. 

dan saya rasa nak mengulas sesuatu pasal satu artikel yang dikuarkan oleh kawan-kawan blog. pada pendapat saya seafarer ke kerja darat ke kerja udara ke... nama saja LELAKI / PEREMPUAN tentu akan terjadi sesuatu yang tidak di ingini. pokok pangkal adalah iman dalam dada / hati kita sendiri. 

kalu iman kita tinggi, kita pergi lah mana-mana pun, EROPAH? CHINA? LABUAN? THAILAND? INDONESIA? malah MALAYSIA sendiri tentu dapat menjaga maruah AGAMA BANGSA dan NEGARA.

Bagi yang belum terkena, ia adalah suatu peringatan supaya berjaga-jaga, dan bagi yang sudah terkena hanya TUHAN yang tahu betapa luluhnya hati kecewa bila kesetiaan di ragut macam tu saja. Bukan semua yang baik dan harus di ingatkan juga bukan semua yang buruk. masing-masing mempunya kelemahan dan kebaikan tersendiri.

dan yang suka sangat jadi 'orang ketiga' even dah berlaki tu, lebih baik tumpukan pada pasangan masing-masing, pada yang sudah menjanda kerana 'SUNDAL', lebih baik kamu bertaubat dari mengejar cinta manusia. kamu ingat dia akan meninggalkan anak bininye demi kamu? silap-silap kamu juga yang akan dikecewakan dan dibiarkan begitu saja. ALLAH ni MAHA ADIL. kamu terlalu mengharap pada janji-janji palsu manusia, maka kamu akan dikecewakan TETAPI janji-janji ALLAH sudah pasti akan TERJADI.

-sekian-


Khamis, 19 April 2012

first time datang ofis malam-malam!!!

huhuhu sekarang sudah jam 10.10pm. aku masih di opis. sebenarnya tadi aku dah balik umah pun. dah nak sampai rumah my supervisor msg bagitahu aku, we're having 2 major breakdown. call keep incresing and we're lack of staff.. waaaaa after office hour lak tu baru nak report. but biasa la benda-benda macam ni sentiasa terjadi tak kira masa.

so, aku tak jadi masak dengan incik hubby, so datang juga ofis since nak tahu perkembangan keadaan anak-anak buah ni. kecian mereka (shift staff) sebab staff normal dah balik baru benda jadi... mesti you all tak menang answered call kan... huhuhuhu

ok, team... we're one team, i support you... take this as CHALLENGE!!!!! yeeehaaaa...

untuk buah hati di rumah.. maaf sayang... nanti mama balik ye... abah, tolong jaga anak-anak ye.. bila lagi kan???? hehehe..

tata

Sedapnye Aiskrim Goreng Ni!!!

semalam lepas balik kerja, incik hubby ajak pergi pasar malam. nak belikan barang-barang nak masak untuk makan malam. beli ubi kentang, kari, daun kari dan santan saje lah sebab lauk basah incik hubby dah belikan kat pasar basah jalan othman.

oleh kerana selipar aku ni dah uzur, aku beli lah satu yang baru. aku ni jenis beli selipar bila betul-betul uzur sahaja. sebab kalu aku beli banyak-banyak pun yang pasti satu jer yang aku pakai. membazir kan?

dalam ronda-ronda, incik hubby cakap tak payah beli makanan. kan nak masak? so aku telan jer la air luir tengok makanan yang enak di kiri kanan jalan... tetiba incik hubby beli keropok lekor . katanya buat alas sambil jalan-jalan. pandai la dia.

dalam jalan nak kuar dari pasar malam tu, aku ternampak lambang ais krim goreng. mmm sedapnya nampak gambar tu. so aku order la satu. incik hubby macam tak puas hati jer.. tapi aku nak gak.

lepas bayar harga aiskrim goreng tu, aku terus ngap... wahhhhhhhhh sedapnye.. memang sedap... pastu aku bagi la incik hubby rasa... hehehhe dia pun kata sedap.. lepas tu aku ngap sorang-sorang, tetiba incik hubby pandang-pandang. tapi aku wat tatau jer. then incik hubby cakap nak... hahahah tak perasan hint yang dia bagi. memang sedap sangat sampai aku duk ngadap laptop ni sambil terbayang-bayang rasa aiskrim tu.

yang rasa terkilan sebab aku beli satu, tak beli tuk ikhwan n ikha (diaorg kat umah pengasuh lagi). aku nak belikan untuk diaorg takut lak cair. yelah first time makan aiskrim goreng tu, bila dah tau rasa macam ni lah sedapnya... nanti leh beli banyak-banyak untuk ikhwan dan ikha.. dan yang pasti akan keluar perkataan mulut ikhwan... mmmm sedapnya mama!!!! 

aku ni tak sampai 30 min dalam opis dah rindukan anak-anak2.. waaaaaaa....

Isnin, 16 April 2012

Jom Ke Pantai!!

semalam incik hubby ajak main air kat port dickson. so pagi2 lagi dah bangun siapkan apa yang patut. so bertolak dari rumah jam 9 pagi. 

dalam pukul 10.30 pagi kami sampai ke Port Dickson. sebelum tu pekena breakfast dulu. aku dan anak-anak makan roti canai dan air milo ais, manakala incik hubby makan nasi lemak dan air teo ais kegemarannya..

lepas breakfast, kami bergilir-gilir tukar baju nak bermain air.. tiba giliran aku lak tukar baju.. ops!!!! baju basahan aku tertinggal lak...macam mane ni sume orang ada aku lak takder baju nak main air.. last2 incik hubby cakap, takper dia tak main air.. pakai baju dia jer.. then aku  cakap.. takper la beli baju lambang PD la kat gerai2 berdekatan. so incik hubby pergi la belikan baju tuk aku.. balik2 jer tengok aku anak beranak dah berendam dalam air laut.. hehhee...bila lagi nak lepas geram.. aku ingat lagi. last aku main pantai masa ngandungkan ikha.. oh now already 2 years plus plus plus.. terima kasih tuk incik hubby sebab belikan aku baju 'spare'.

lepas tu incik hubby belanja naik bot.. aku teringin nak naik banana tu.. tapi tidak ada siapa nak join.. takkan aku sorang lak atas banana tu..kena tunggu orang lain la..tak mampu nak bayar tuk satu banana tu... huhuhu...apa lagi, ikhwan n ikha bukan main suka lagi dapat naik bot dan main air.

aku dapatlah snap beberapa shot diaorg.. tapi tak dapat nak upload kat lappy ni cox Bluetooth hp aku ni cam problem lak. so kena lah tunggu balik rumah, minta incik hubby transfer ke lappy dia.

lepas bermandi-manda aku n ikha naik dulu tukar pakaian. so aku dan ikha ke tempat yang disediakan oleh pihak PD untuk mandi dan salin baju. masa aku pergi tu orang tengah ramai. bayaran yang di kenakan pun agak mahal. untuk mandi kena charge RM1 dan yang aku terkejut gak ialah ikha yang berusia 2 tahun ni pun kena charge RM1 gak.

bila masuk bilik air tu, sekali lagi aku merasa kurang selesa. tandas hanya ada beberapa bilik sahaja. kalu tak silap aku ada 4 bilik sahaja. tempat mandi yang terbuka dan tempat salin pun sama... amat rasa tidak berpuas hati dan amat tidak selesa sekali, sebab tempat mandi terbuka, tempat letak barang-barang, seperti baju yang nak ditukar dan beg duit di tempat lain. yelah takkan nak di bawa ke tempat mandi tu juga. tak pasal2 basah pulak dompet dan barang-barang lain. tapi kalu tak dibawa bersama takut kena curi pula kan...

setelah siap mandi dan tukar baju, aku menuju ke kereta. sampai kereta, incik hubby rupanya dah tunggu lama cox kunci kereta aku bawa sekali. hehehhee..sorry dear, orang ramai la...

lepas tu, kami menuju ke Melaka, incik hubby kata dia nak melawat tempat dia kursus dulu sebelum kerja. sambil-sambil tu dapatla kami melihat keunikan rumah tradisional orang Melaka... cuci mata. ingat nak merasa makan di medan ikan bakar kg sg baru, tapi alangkah kecewa sebab medan tu masih belum di buka kepada orang ramai. start operasi pukul 5pm, sedangkan kitaorang sampai pukul 2pm. akhirnya kami singgah di rumah kenalan incik hubby yang berdekatan. 

selepas itu, terus ke JERAM, Selangor. incik hubby kata nak belanja makan ikan bakar kat situ. kami memilih gerai AROMA IKAN BAKAR, view dia cantik dengan ada tempat-tempat duduk yang cantik (macam teratak gitu). tapi kena charge la, yang kecik (SAUNG)kena charge RM10 dan yang besar (BAMBO)RM20. makanan yang disediakan boleh lah tahan tidak sebanyak yang di tawarkan di SENIBONG COVE. tapi harganya agak berpatutan (murah sikit dari SENIBONG). rasanya boleh tahan. overal aku lebih lagi suka rasa masakan di SENIBONG COVE.. huhuhu

dalam perjalanan balik, kami singgah ke rumah kat seripristana, tuk berehat dan amik barang-barang (sebab rumah tu kami nak sewakan). dalam perjalanan tu, incik hubby cakap dia lebih suka kat SENIBONG sebab banyak pilihan lauk, dan keenakkan KETAM NIPAH.. huhuhu terliur lak aku bila dengar KETAM NIPAH tu... incik hubby jom ke SENIBONG LAGI... huhuhuhu (ayat bodek)

ok lah tuk cerita kali ni. kesimpulan yang aku boleh kasi jalan-jalan ke pantai ni;

Port Dickson: pantai nampak semakin cantik tak macam dulu. air agak jernih dah. suasana ok. cuma tempat mandi dan bilik air harap pihak berkenaan membuat sesuatu atau memperbaiki mutu prasarana tu. (betul ke benda tu dipanggil prasarana) hehehe...kalu boleh buat banyak-banyak sikit, dan tempat mandi tu tertutup, walaupun sama jantina, tapi masih perlu jaga aurat juga kan? masih ada perasaan malu.

Restoran AROMA Ikan Bakar: makanan boleh di katakan sedap, pilihan agak kurang (tidak banyak pilihan lauk). (aku cakap macam ni sebab aku lebih suka pilihan lauk di SENIBONG COVE )walaubagaimana pun suasananya agak menarik dan sesuai untuk yang bersantai. 

babai...

Khamis, 12 April 2012

hai.. kembali menawan

hahahha salam all, sorry lately banyak perkara terjadi.. need to be silent mode.. zzzzzzzzzzzzzz

by the way ape yang terjadi sudah tertulis di azali.. buat macam mane pun tetap akan ke situ juga.. yehaaaa.... bersyukurlah kerana ape yang ada dan terjadi membuka mata hati aku untuk mengenali kawan, rakan dan musuh.. 

ops.. ada yang terasa ke nanti? dulu yup aku menjaga sensitiviti sesetengah pihak, but if diaorg tak nak jaga hati aku whatever lah kan.. hik hik hik

cuma aku masih berpegang pada janji-janji ALLAH.. pada orang-orang yang bersabar.... bersabar dengan sebarang dugaan akan mendapat nikmat yang tidak terhingga.... hehhehe

erk bagaimana dengan bersabar kerana membuat kejahatan dan mengharapkan balasan baik? hoh hoh hoh yang itu aku tidak tahu.. semuanya hanya ALLAH yang tahu. DIA MAHA MENGETAHUI segalanya..

banyak aku nak update kat sini.. zomba zombi ngan anak2 n incik hubby....nanti ada masa aku update k..

tata..

Rabu, 29 Februari 2012

bersabar dan terus bersabar


ape boleh buat
hanya mampu bersabar dan bersabar
agaknya sampai menemuai ajal perlu bersabar
oh tidak boleh mengeluh
ape yang mampu hanya meluah pada yang ESA

kerna manusia bernama sahabat. kawan, tidak semua ikhlas di sisi
hanya tahu membuat telahan sendiri
hanya mahu mengata-ngata

tidak kurang juga yang mahu mengambil kesempatan 
terutama insan bernama SS dan SK
agak cantik padanan nama
dua-dua sudah menjanda

tapi nape mahu aku yang mereka mahu jadi mangsa?
ape kaitan aku dalam hidup mereka?
kerana aku dapat lebih dari mereka?
aku tidak pernah kacau hidup mereka
tapi mereka yang hadir dalam hidup aku dengan membuat onar

jangan sampai aku hilang sabar
rumah orang tua kamu itu sudah ku ketahui
jangan sampai aku bersemuka dengan orang tua kamu
menceritakan hal yang sebenar kenapa kamu menjadi janda
kerana ilmu keimanan yang kamu kata tinggi itu lah
yang tidak tahu membataskan pergaulan kamu lelaki dan perempuan
yang tidak tahu menjaga maruah kamu sebagai isteri orang

adakah gurauan biasa jika kamu bergelar isteri orang 
tetapi menyuap kek pada suami orang?
walaupun dua kali suami orang itu menolak?

adakah gurauan jika kamu menghantar sms 
mengucapkan 'ribuan terima kasih pada isteri kamu kerana pinjamkan suaminya pada kamu?

ingin sekali ku ucapkan pada ibu kamu
'terima kasih' kerana melahirkan anak seperti kamu yang hidup sebagai perasit
demi mengejar keseronokan dunia

ingin sekali aku membuka topeng muka polos mu 
biar semua orang tahu siapa kamu sebenarnya

tapi aku masih ada rasa kasihan
aku masih ada kesabaran
dan jangan buat aku hilang rasa sedemikian
jangan di cabar ketabahanku
kelak kamu akan menyesal

sekian