Halaman

Khamis, 19 April 2012

Sedapnye Aiskrim Goreng Ni!!!

semalam lepas balik kerja, incik hubby ajak pergi pasar malam. nak belikan barang-barang nak masak untuk makan malam. beli ubi kentang, kari, daun kari dan santan saje lah sebab lauk basah incik hubby dah belikan kat pasar basah jalan othman.

oleh kerana selipar aku ni dah uzur, aku beli lah satu yang baru. aku ni jenis beli selipar bila betul-betul uzur sahaja. sebab kalu aku beli banyak-banyak pun yang pasti satu jer yang aku pakai. membazir kan?

dalam ronda-ronda, incik hubby cakap tak payah beli makanan. kan nak masak? so aku telan jer la air luir tengok makanan yang enak di kiri kanan jalan... tetiba incik hubby beli keropok lekor . katanya buat alas sambil jalan-jalan. pandai la dia.

dalam jalan nak kuar dari pasar malam tu, aku ternampak lambang ais krim goreng. mmm sedapnya nampak gambar tu. so aku order la satu. incik hubby macam tak puas hati jer.. tapi aku nak gak.

lepas bayar harga aiskrim goreng tu, aku terus ngap... wahhhhhhhhh sedapnye.. memang sedap... pastu aku bagi la incik hubby rasa... hehehhe dia pun kata sedap.. lepas tu aku ngap sorang-sorang, tetiba incik hubby pandang-pandang. tapi aku wat tatau jer. then incik hubby cakap nak... hahahah tak perasan hint yang dia bagi. memang sedap sangat sampai aku duk ngadap laptop ni sambil terbayang-bayang rasa aiskrim tu.

yang rasa terkilan sebab aku beli satu, tak beli tuk ikhwan n ikha (diaorg kat umah pengasuh lagi). aku nak belikan untuk diaorg takut lak cair. yelah first time makan aiskrim goreng tu, bila dah tau rasa macam ni lah sedapnya... nanti leh beli banyak-banyak untuk ikhwan dan ikha.. dan yang pasti akan keluar perkataan mulut ikhwan... mmmm sedapnya mama!!!! 

aku ni tak sampai 30 min dalam opis dah rindukan anak-anak2.. waaaaaaa....

1 ulasan:

Dhaniya ShahNiza berkata...

Dah lamanye tak makan ais krim goreng :P