Halaman

Isnin, 16 April 2012

Jom Ke Pantai!!

semalam incik hubby ajak main air kat port dickson. so pagi2 lagi dah bangun siapkan apa yang patut. so bertolak dari rumah jam 9 pagi. 

dalam pukul 10.30 pagi kami sampai ke Port Dickson. sebelum tu pekena breakfast dulu. aku dan anak-anak makan roti canai dan air milo ais, manakala incik hubby makan nasi lemak dan air teo ais kegemarannya..

lepas breakfast, kami bergilir-gilir tukar baju nak bermain air.. tiba giliran aku lak tukar baju.. ops!!!! baju basahan aku tertinggal lak...macam mane ni sume orang ada aku lak takder baju nak main air.. last2 incik hubby cakap, takper dia tak main air.. pakai baju dia jer.. then aku  cakap.. takper la beli baju lambang PD la kat gerai2 berdekatan. so incik hubby pergi la belikan baju tuk aku.. balik2 jer tengok aku anak beranak dah berendam dalam air laut.. hehhee...bila lagi nak lepas geram.. aku ingat lagi. last aku main pantai masa ngandungkan ikha.. oh now already 2 years plus plus plus.. terima kasih tuk incik hubby sebab belikan aku baju 'spare'.

lepas tu incik hubby belanja naik bot.. aku teringin nak naik banana tu.. tapi tidak ada siapa nak join.. takkan aku sorang lak atas banana tu..kena tunggu orang lain la..tak mampu nak bayar tuk satu banana tu... huhuhu...apa lagi, ikhwan n ikha bukan main suka lagi dapat naik bot dan main air.

aku dapatlah snap beberapa shot diaorg.. tapi tak dapat nak upload kat lappy ni cox Bluetooth hp aku ni cam problem lak. so kena lah tunggu balik rumah, minta incik hubby transfer ke lappy dia.

lepas bermandi-manda aku n ikha naik dulu tukar pakaian. so aku dan ikha ke tempat yang disediakan oleh pihak PD untuk mandi dan salin baju. masa aku pergi tu orang tengah ramai. bayaran yang di kenakan pun agak mahal. untuk mandi kena charge RM1 dan yang aku terkejut gak ialah ikha yang berusia 2 tahun ni pun kena charge RM1 gak.

bila masuk bilik air tu, sekali lagi aku merasa kurang selesa. tandas hanya ada beberapa bilik sahaja. kalu tak silap aku ada 4 bilik sahaja. tempat mandi yang terbuka dan tempat salin pun sama... amat rasa tidak berpuas hati dan amat tidak selesa sekali, sebab tempat mandi terbuka, tempat letak barang-barang, seperti baju yang nak ditukar dan beg duit di tempat lain. yelah takkan nak di bawa ke tempat mandi tu juga. tak pasal2 basah pulak dompet dan barang-barang lain. tapi kalu tak dibawa bersama takut kena curi pula kan...

setelah siap mandi dan tukar baju, aku menuju ke kereta. sampai kereta, incik hubby rupanya dah tunggu lama cox kunci kereta aku bawa sekali. hehehhee..sorry dear, orang ramai la...

lepas tu, kami menuju ke Melaka, incik hubby kata dia nak melawat tempat dia kursus dulu sebelum kerja. sambil-sambil tu dapatla kami melihat keunikan rumah tradisional orang Melaka... cuci mata. ingat nak merasa makan di medan ikan bakar kg sg baru, tapi alangkah kecewa sebab medan tu masih belum di buka kepada orang ramai. start operasi pukul 5pm, sedangkan kitaorang sampai pukul 2pm. akhirnya kami singgah di rumah kenalan incik hubby yang berdekatan. 

selepas itu, terus ke JERAM, Selangor. incik hubby kata nak belanja makan ikan bakar kat situ. kami memilih gerai AROMA IKAN BAKAR, view dia cantik dengan ada tempat-tempat duduk yang cantik (macam teratak gitu). tapi kena charge la, yang kecik (SAUNG)kena charge RM10 dan yang besar (BAMBO)RM20. makanan yang disediakan boleh lah tahan tidak sebanyak yang di tawarkan di SENIBONG COVE. tapi harganya agak berpatutan (murah sikit dari SENIBONG). rasanya boleh tahan. overal aku lebih lagi suka rasa masakan di SENIBONG COVE.. huhuhu

dalam perjalanan balik, kami singgah ke rumah kat seripristana, tuk berehat dan amik barang-barang (sebab rumah tu kami nak sewakan). dalam perjalanan tu, incik hubby cakap dia lebih suka kat SENIBONG sebab banyak pilihan lauk, dan keenakkan KETAM NIPAH.. huhuhu terliur lak aku bila dengar KETAM NIPAH tu... incik hubby jom ke SENIBONG LAGI... huhuhuhu (ayat bodek)

ok lah tuk cerita kali ni. kesimpulan yang aku boleh kasi jalan-jalan ke pantai ni;

Port Dickson: pantai nampak semakin cantik tak macam dulu. air agak jernih dah. suasana ok. cuma tempat mandi dan bilik air harap pihak berkenaan membuat sesuatu atau memperbaiki mutu prasarana tu. (betul ke benda tu dipanggil prasarana) hehehe...kalu boleh buat banyak-banyak sikit, dan tempat mandi tu tertutup, walaupun sama jantina, tapi masih perlu jaga aurat juga kan? masih ada perasaan malu.

Restoran AROMA Ikan Bakar: makanan boleh di katakan sedap, pilihan agak kurang (tidak banyak pilihan lauk). (aku cakap macam ni sebab aku lebih suka pilihan lauk di SENIBONG COVE )walaubagaimana pun suasananya agak menarik dan sesuai untuk yang bersantai. 

babai...

Tiada ulasan: