Halaman

Isnin, 30 Januari 2012

SELAMAT HARI JADI SAYANG2KU



arini genap lah umur incik hubby yang ke 31 tahun.. semoga incik hubby dimurahkan rezeki dan diberkati rezeki serta di berikan petunjuk dan hidayah dari ALLAH swt...


esok birthday ikhwan, tulat birthday ikha... tapi combine semua, sambut birthday kat taska ikhwan pada 31st Jan ni.. 

tak sabar mama nak tengok anak-anak mama potong kek esok..

nanti mama abadikan gambar-gambar anak-anak mama yang comel-comel ini ye..


semoga ALLAH lindungi kami dari niat jahat insan-insan yang berhati syaitan... semoga ALLAH swt lindungi kami dari kejahatan dunia dan akhirat..amin

p/s: usah meletakkan kesalahan kepada orang lain jika ia sebenarnya bermula dari niat busuk kamu..

sekian terima kasih


Isnin, 16 Januari 2012

Maafkan Mama Ikha


Hari ini tido hanya 2-3 jam sahaja.. sebab berjaga kerana IKHA demam panas... dan pagi tadi dalam pukul 5.30pg ku di kejutkan oleh incik hubby, mengatakan IKHA kena sawan tarik.. huhuhu 

Ya Allah.. ampunkan dosa2 ku kerana lalai dalam menjaga amanah-MU... huhuh maafkan mama ikha, semalam mama tak tahan batuk2.. mama minum ubat batuk sampai terlelap, hingga terlupakan yang ikha demam... maafkan mama ye sayang..

dan terima kasih ALLAH kerana masih memberi peluang untukku menjaga amanah-Mu ini... walaupun pagi tadi ku melalui saat2 getir... nanti mama balik, mama belikan ikha ayam ye.. ikha nak ayam ye.. sayang anak2 mama.. 

buat ikhwan... jangan ponteng ubat.. nanti sakit mata tu tak sembuh2.. dah lama ikhwan ponteng taska ni.. 


-titik-

Jumaat, 13 Januari 2012

Kisah Professor & Pendayung Sampan


salam semua... saya ada terbaca satu cerita ni.. tak tahu siapa punya... so saya nak kongsi dengan kawan-kawan. memang menarik cerita ini... semoga menjadi pengajaran buat kita semua..

"Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. 

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang. 

Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." 

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah 
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. 

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. 

"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas. 

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. 

"Ya". 

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. 

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. 


"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. 
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. 

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai. 

Moral of the story

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka cerdik sungguh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin cerdik sungguh dalam bidang yang tidak kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi..so be humble in everything we do.
credit untuk - dunia macam-macam


Khamis, 12 Januari 2012

DIA tetap MILIKKU


salam sejahtera semua.. arini doktor masih berikan ku MC kerana sakit mata. ye sakit mata yang ku dapat dari anak ku si IKHWAN huhuhuhu... dapat lagi MC dua hari. mata IKhwan belum lagi sembuh2.. susah betul nak letak ubat tu kat mata ikhwan..

aritu daku ingin membuka buku baru bagi tahun baru ni, tetapi tidak di duga ada dugaan yang melanda... tetapi ku tahu ada pelangi indah buatku di akhir dugaan ini...ya dugaan ini datang di atas kelalaian ku sendiri, kecuaian ku sendiri yang terlalu mempercayai seorang sahabat. tanpa di duga huluran persahabatan itu membawa makna yang mendalam. Malah daku terkejut, kerana ada segelintir kawan-kawannya yang menyokong perbuatannya dengan bersubahat sekali. Ketahui lah ALLAH itu Maha Besar. DIa lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melakukan kesilapan, usahlah di ulangi lagi, balik semula ke pangkal jalan. hanya itu jalan sebenar-benarnya..

Alhamdulillah, ribut dan taufan semakin menghilang.. sudah menampakkan cahaya pelangi itu dari kejauhan.. cuma ku mampu berdoa pada ILAHI agar PELANGI itu dapat ku capai demi cintaku padaMU ALLAH.

cinta terakhir didunia bagimu adalah dia,
tetapi cinta terakhir di akhirat bagiku adalah kamu,

daku mengejar akhirat bukan duniawi,
daku mengejar keredhaan bukan kesempurnaan,
daku mengejar keimanan bukan keseronokan,

sekian


TERIMA KASIH ALLAH...


salam semua.. sorry lama tak update blog ini.. bukan ape ada perkara yang pelu ku selesaikan.. ALhamdulillah.. syukur ku hadrat Ilahi, dengan belas IHSAN dan KASIH SAYANGNYA.. aku di beri kesempatan yang tidak ternilai ...

mungkin tidak dapat oleh orang lain.. hanya kesilapan sikit daku hampir rebah... tapi ALLAH Maha Kuasa..dan Maha Mengetahui..segalanya..

daku akan lebih berjaga-jaga di masa akan datang .. terutama yang berbuat baik dengan kita.... adakala perlu ada sedikit curiga untuk itu...

sekian..

Ahad, 1 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012 :)


As salam semua....Selamat Tahun baru.. semoga di tahun baru ini, kita semua tutup kitab lama dan buka lembaran baru... hehehe

Azam baru? hehe aku tidak ada azam baru kerana memang tiada azam... cuma daku mahu tutup kitab lama terus dalam hidup aku dan buka kitab baru..

di harap perancangan aku pada tahun ni berjalan dengan lancar tanpa ada anasir2 jahat ... okay mari kita mulakan list yang akan di buat pada tahun baru ini...


Pertama: segala belanjawan akan di buka pada buku baru.. dan belanjawan lama di audit sebaiknye. segala perbelanjaan yang merapu harap dapat dikurangkan pada tahun ini..kerana anakku yang sulung sudah masuk kindergarden di usia 4 tahun.. ikhwan belajar rajin-rajin ye.. jadi anak yang soleh, beriman, berilmu dan beramal... 

Kedua:  aku mesti melangkanh untuk terus berdikari dan berdikari lagi... kereta kena jalan juga.. nak tak nak aku kena beranikan diri aku untuk membawa kereta di tengah2 kota metropolitan ini.. erk manual ni yang leceh ni... huhuhuhuh

Ketiga: segala memori-memori kelam , sedih, suka duka, akan terkubur sebegitu saja (kecuali ada maknusia yang sengaja mengorek keluar memori-memori itu)

Keempat: jadi diri aku yang sebenarnya.. mesti komited pada kerja tak kira sebagai surirumah dan juga kerja di opis.

Kelima: waaaa daku dah mengantuk la... lain kali ler aku merapu lagi... 


heheheh ok lah.. akhir kata.. SELAMAT TAHUN BARU 2012... semoga tahun ini kita di murahkan rezeki... amin.. :)