Halaman

Khamis, 12 Januari 2012

DIA tetap MILIKKU


salam sejahtera semua.. arini doktor masih berikan ku MC kerana sakit mata. ye sakit mata yang ku dapat dari anak ku si IKHWAN huhuhuhu... dapat lagi MC dua hari. mata IKhwan belum lagi sembuh2.. susah betul nak letak ubat tu kat mata ikhwan..

aritu daku ingin membuka buku baru bagi tahun baru ni, tetapi tidak di duga ada dugaan yang melanda... tetapi ku tahu ada pelangi indah buatku di akhir dugaan ini...ya dugaan ini datang di atas kelalaian ku sendiri, kecuaian ku sendiri yang terlalu mempercayai seorang sahabat. tanpa di duga huluran persahabatan itu membawa makna yang mendalam. Malah daku terkejut, kerana ada segelintir kawan-kawannya yang menyokong perbuatannya dengan bersubahat sekali. Ketahui lah ALLAH itu Maha Besar. DIa lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melakukan kesilapan, usahlah di ulangi lagi, balik semula ke pangkal jalan. hanya itu jalan sebenar-benarnya..

Alhamdulillah, ribut dan taufan semakin menghilang.. sudah menampakkan cahaya pelangi itu dari kejauhan.. cuma ku mampu berdoa pada ILAHI agar PELANGI itu dapat ku capai demi cintaku padaMU ALLAH.

cinta terakhir didunia bagimu adalah dia,
tetapi cinta terakhir di akhirat bagiku adalah kamu,

daku mengejar akhirat bukan duniawi,
daku mengejar keredhaan bukan kesempurnaan,
daku mengejar keimanan bukan keseronokan,

sekian


Tiada ulasan: