salam satu Malaysia..
setelah lama aku meng'hilang'kan diri seketika dari meng'update' blog kesayangan aku ini, akhirnye aku berkesempatan juga mem'belai'nya... harap2.. NUFFNANGs tak merajuk ye dengan aku.. hehehe...
sebenarnya aku bukan nak menyendiri cuma rutin tugas aku sebagai pekerja yang berdedikasi.. hahah er berdedikasi ke? hahhaa perasan sendiri.., sebagai seorang ibu kepada sepasang cahaya mata... yang tengah meng'eksplore' dunia ini... dan sebagai surirumah separa masa... ada seketika begitu penat sehingga tiada ruang untuk aku berhibur... mm tapi perlu ke hiburan itu? bagi aku sekali sekala ye sebagai melepaskan tension... tapi biarlah dengan cara yang betul... :)
arini aku nak berceloteh pasal 'ORANG LAIN SEMUA TAK BAGUS' .. mmm walaupun aku bukan lah ade PHD erk bukan PHD yang satu lagi tu.. (PengHasadDengki).. hehee aku nak jugak kupas benda ni.. dalam kehidupan seharian, kita sering berjumpa atau terjadi kes sebegini. ia bukan sahaja dalam kerja tetapi juga dalam perhubungan saudara, sabahat handai dan saudara mara... boleh la di katakan umum hubungan sesama manusia,
pendapat aku.. nak aku tegaskan.. ini pendapat aku ye.. tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati... aku pun tidak terlibat juga.. kalu ter'sama' tu anggaplah sebagai kebetulan ye.. aku bukan ahli nujum atau bijak pandai.. hahahaa...aku rasa tak usah lah kita nak bandingkan atau nak cakap atau nak fikir siapa yang bagus... bagi aku.. semua kamu bagus... cuma mungkin bukan dalam keseluruhan... atau persamaan...
contoh dalam kerja.. staff ini bagus dalam perbualan, attitude tetapi dia tidak bagus dalam mem'promote' diri dia untuk kenaikan pangkat... ada orang ni bagus dalam menyelesaikan masalah tetapi tidak semestinya dia bagus dalam mencari masalah (atau QA)... erk macam berbelit-belit lak... hahaha.. ade juga yang bagus dalam soft skill tapi kurang bagus dalam technical dan sebaliknya... setiap kita ade kebaikan dan kekurangan... jadi jika kita kata kita bagus.. ada orang lain yang lagi bagus dari side kekurangan kita...
jadi jangan lah kita mengata orang itu ini tidak bagus.. cuba renungkan diri sendiri.. jika kita di tempat si dia.. adakah kita mampu menjadi lebih bagus dari dia? kalu hanya setakat sebagus dia juga. bermakna kita tidak layak untuk mengatakan DIA TIDAK BAGUS.. kerna ANDA juga tidak boleh menjadi SEBAGUS DIA..
wassalam..










Tiada ulasan:
Catat Ulasan