Sabtu, 17 September 2011
Jumaat, 9 September 2011
Tertido dalam bas?!!!
salam kawan-kawan.. dah lama kan aku tak update blog ni.. mm dah macam2 sampah sarap.. arini clean2 sikit.. mmm sejak balik dari raya ni aku tak cukup tido.. ari2 cari idea... tapi idea tu selalu melarikan diri.. tak sempat aku nak kejarnye..mmm begini ye rutin-rutin mereka.. nampak senang tapi susah juga.. macam2 nak kena kawal.. emosi, relationship.. ape2 pun kena professional.. n be positive...<--refer pada diri aku juga
firstly: aku nak ucapkan selamat ari raya.. maaf zahir batin..pada kawan2 yang aku ada terjanji nak datang harap maaf banyak2.. sebab aku tak der bercuti sepenuh masa.. waaaaaa...
second: aku tak cukup tido.. ari2 tido hanya 3-5 jam sahaja.. hohohohoho tapi semalam lah yang paling singkat aku tido...
thirdly: buat pertama kalinya aku tertido dalam bas.. hohohoho kepenatan yang teramat sangat.. sampaikan pala aku dah tak boleh berfikir dengan rasional (blur) ... seperti malam ni.. ingat nak siapkan kerja tapi idea tak datang2 lagi.. hohoho esok la nampaknye aku kena wat kat opis.. erk boleh ke wat kerja tu kat opis???? hohohohohohohoho CHALLENGE!!!!!
badan pun dah lemau2 ni... need some treatment.. hohoho.. ok lah.. physical n mental aku dah betul2 down.. harap2 esok aku tak terbabas cam pagi tadi.. hohohohoho...
gud monim.. :)
Isnin, 29 Ogos 2011
Bil Perubatan RM8 jer
salam satu malaysia..
malam tadi dalam kul 10.15 pm di sebuah klinik di dalam daerah di kelantan... aku nak byr consultant / bil perubatan ikhwan.. sebab kat mulut ikhwan ada lepuh2(macam ulser). ingat penyakit kaki, kuku n mulut.. tapi doktor kata bukan.. ni mungkin dia terjatuh or badan dia panas (kekurangan air)..
so bila dah habis jumpa doktor tu, n amik ubat.. so aku tanya berapa? dengan selamba pembantu klinik tu cakap.. rm8.. erk betul ke ape yang aku dengar ni.. aku kuarkan note rm10.. dan aku dapat baki rm2.. memang sah rm8 jer.. hohoho murahnye... kalu kat key el.. jumpa doktor jer dah rm10.. belum ubat2 yang lain.. tak pernah kurang dari rm30..
aku ni dah lama kepingin nak balik kerja kat kelate..rindu benar nak duduk sini.. biarlah orang kata kelate tak berapa maju dari KL.. tak moden macam KL.. tak de hiburan sangat. kul 9mlm byk kedai dah tutup n so on.. tapi aku suka.. pertama kos hidup yang sederhana, sayur mayur murah giler berbanding kat KL (sayur kampung), tak der jem.. tol takder...barang2 keperlulan pun tak mahal.. aku bandingkan lah ye.. tadi aku beli pampers anak2 aku.. kalu kat CAREFOUR kat midvalley or mane2, TESCO n Giant..rata2 aku leh dapat dalam range rm35-44... tapi kat hometown aku ni... hanya rm30.90.. byngkan lah beza rm14 (dari carefour), susu dumex anak2 aku pun aku beli dengan harga rm18.85 (kalu carefour) rm21.99.. ko bygkan lah ..aku beli bukan satu dua pek.. sekali beli sampai 6-7 pek susu, 3-4 pek pampers... kalu sekali sekala dah 'terbalik' kelate ni aku memang shopping sakan beli brg anak2.. memang berbaloi2.. tapi kalu balik semata2 nak beli kelengkapan anak2.. takder nye berbaloi2.. cuma aku nak tekankan kat sini.. if terbalik tu.. memang aku tak lepaskan peluang shopping benda2 tu sampai penuh kereta aku.. hehehehe
ok lah maybe today kita last fasting.. sebab kemungkinan esok raya...undur diri dulu.. pala dah siol..esok nak kena bangun pagi.. sebab aku terlupa nak beli selipar raya untuk aku.. <-- padan muka sebab seronok pakai selipar jepun jer... huhuhuhu
tata titi tuut...layanzzzzzzzz.
Jumaat, 26 Ogos 2011
SELamaT HAri Raya
Salam kawan-kawan semua...
SELAMAT HARI RAYA wat semua kekawan... tak kira di mana jua kawan-kawan berada... arini last day aku kerja sebelum bercuti raya.. hohohoh bila tengok reramai kawan dah balik (amik halfday) aku dah tak der mood nak keje... semua ku pandang sepi.. waaaaa
lagi-lagi hubby tiada di sisi.. harap2 Raya Haji ni my hubby dapat balik beraya bersama... hohohoho... baju2 aku belum packing lagi ni... hoohoh camne ni.. beg takder la.,, nak kena beli beg dulu.. hohoho. malam ni nak keluar ke? erk rasa cam malas lak.. .. hohohoho lagi2 hujan ni...
pesanku pada teman-teman sekelian, bawak kereta tu hati2.. jangan gelojoh nak sampai jer.. pikir2 lah orang tersayang ye... kalu penat.. berehat lah kat mane2 RNR.. jangan bawak keta kalu ngantuk.. (ni kena pesan kat adik aku supaya tido biar cukup)..
apepun mohon maaf dpinta andai sepanjang coretan blog ni menguris hati anda...
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN..:)
Langgan:
Catatan (Atom)













