Halaman

Isnin, 29 Ogos 2011

Bil Perubatan RM8 jer


salam satu malaysia..

malam tadi dalam kul 10.15 pm di sebuah klinik di dalam daerah di kelantan... aku nak byr consultant / bil perubatan ikhwan.. sebab kat mulut ikhwan ada lepuh2(macam ulser). ingat penyakit kaki, kuku n mulut.. tapi doktor kata bukan.. ni mungkin dia terjatuh or badan dia panas (kekurangan air).. 
so bila dah habis jumpa doktor tu, n amik ubat.. so aku tanya berapa? dengan selamba pembantu klinik tu cakap.. rm8.. erk betul ke ape yang aku dengar ni.. aku kuarkan note rm10.. dan aku dapat baki rm2.. memang sah rm8 jer.. hohoho murahnye... kalu kat key el.. jumpa doktor jer dah rm10.. belum ubat2 yang lain.. tak pernah kurang dari rm30..

aku ni dah lama kepingin nak balik kerja kat kelate..rindu benar nak duduk sini.. biarlah orang kata kelate tak berapa maju dari KL.. tak moden macam KL.. tak de hiburan sangat. kul 9mlm byk kedai dah tutup n so on.. tapi aku suka.. pertama kos hidup yang sederhana, sayur mayur murah giler berbanding kat KL (sayur kampung), tak der jem.. tol takder...barang2 keperlulan pun tak mahal.. aku bandingkan lah ye.. tadi aku beli pampers anak2 aku.. kalu kat CAREFOUR kat midvalley or mane2, TESCO n Giant..rata2 aku leh dapat dalam range rm35-44... tapi kat hometown aku ni... hanya rm30.90.. byngkan lah beza rm14 (dari carefour), susu dumex anak2 aku pun aku beli dengan harga rm18.85 (kalu carefour) rm21.99.. ko bygkan lah ..aku beli bukan satu dua pek.. sekali beli sampai 6-7 pek susu, 3-4 pek pampers... kalu sekali sekala dah 'terbalik' kelate ni aku memang shopping sakan beli brg anak2.. memang berbaloi2.. tapi kalu balik semata2 nak beli kelengkapan anak2.. takder nye berbaloi2.. cuma aku nak tekankan kat sini.. if terbalik tu.. memang aku tak lepaskan peluang shopping benda2 tu sampai penuh kereta aku.. hehehehe


ok lah maybe today kita last fasting.. sebab kemungkinan esok raya...undur diri dulu.. pala dah siol..esok nak kena bangun pagi.. sebab aku terlupa nak beli selipar raya untuk aku.. <-- padan muka sebab seronok pakai selipar jepun jer... huhuhuhu

tata titi tuut...layanzzzzzzzz.

Tiada ulasan: