lepaskanlah rama-rama itu pergi
biarkan dirinya terbang bebas ke udara
lepaskanlah rama-rama itu pergi
andai kamu tidak mampu mengasihinya
kenapa perlu pegang lagi rama-rama ini
kenapa perlu pelihara lagi rama-rama ini
sudah letih dia merintih merayu minta di lepaskan
tapi dikau tidak peduli
adakah dikau mahu menyiksa batinnya lagi
andai kata sayang
lepaskan la rama-rama ini
dia juga ada hati dan perasaan
sudah terluka buat sekian kali
dikau yang tidak mahu berubah
kenapa perlu genggam erat rama-rama ini?
sudah lah
biarlah rama-rama ini terbang
tolong kasihani rama-rama ini.
yieza azliy 2012










Tiada ulasan:
Catat Ulasan