Halaman

Ahad, 11 Mac 2012

akhirnya rama-rama ini terbang jua


kepada penjaga rama-rama
kenapa sukar untuk membuat pilihan?
andai kesetiaan rama-rama ini
dikau khianati
kenapa perlu menyakiti hatinya?

rama-rama ini akui
kesetiaan dan kejujuran yang diberikan
tidak mampu untuk mengubah segalanya
hatinya terluka, sayapnya terluka

rama-rama ini akui
jiwa dan raga nya sukar untuk di kongsi
andai dikau rasa rama-rama ini tidak mampu mengisi kekosongan hidupmu
lepaskan lah
jangan di siksa rama-rama ini 
jangan di lukai rama-rama ini

hargailah perasaan dan jiwa rama-rama ini
rama-rama ini hatinya kecil
tapi jiwanya besar
usah di berikan lagi pujuk rayu

dikau sendiri pernah beritahu
andai dikau kehilangan rama-rama ini
dikau juga tidak mahu kupu-kupu itu

adakah dikau pujuk rama-rama ini
demi janji yang dibuat bersama sang kupu-kupu?
yang hadir tatkala rama-rama dalam kesakitan?
yang hadir tatkala rama-rama dalam kesusahan?
yang hadir menjadi penyebab rama-rama ini ingin dilepaskan?

kasihanilah rama-rama ini
jika tiada pilihan
biarlah rama-rama ini menhilangkan diri
usah di rayu dan dipujuk
rama-rama ini sudah terlalu kecewa
rama-rama ini sudah terlalu terluka

akhirnya rama-rama ini di biarkan bebas ke udara
walaupun luka-luka yang di alaminya
masih terasa kesakitan
namun ia tetap tabah 
melawan arus supaya tidak terjatuh ke tanah

yieza azliy 11/3/2012

Tiada ulasan: