Salam ols...Ari ini masih lagi bengang ngan perkhidmatan delivery MC D..
- Firstly jika tiada penghantaran di kawasan tersebut kenapa amik juga order?.
- Selepas lebih sejam tunggu delivery tapi tak sampai-sampai pastu follow up, bagi no. order, katanye dalam proses penghantaran.
- Dalam 2-3 minute lepas tu barulah call saya bagitahu bahawa tiada penghantaran di buat di kawasan tempat tinggal saya...
Anak-anak dah bertanya mane burger... memang hangin betullah... tapi you ols...corat coret ni bukan nak panjangkan kisah MC D... ni nak criter pasal perangai sesetengah orang yang kadang kala saya tengok dah macam ape dah... mesti you ols tau kan? pasal yang ber'muka-muka', ber'topeng-topeng' dan sewaktu dengannye... yang peliknye bukan yang tua-tua ada simpton macam tu tapi yang muda-muda pun ada gak.. hahhaha bak kata pepatah katak puruku...'Generasi muda adalah pelapis negara' hahhahahhaa ops...ade ker yang terasa dengan statement ni? mmm ni hanya corat-coret ye.. tiada bahan perisa di masukkan dalam ini cerita.. kalu terasa tu mesti dah ter'makan' cili.. hahhahaha
Pelik bin ajaib, bila dah serasi dengan perangai ber'muka-muka' n ber'topeng-topeng' maka terserlah kebusukan hati yang amat tinggi..yelah mmm contoh satu kisah ye..
- Senario pertama: Ada kakak tu kadang-kala masuk opis lambat, tapi datang kerja hanya untuk bekerja. kerjanye amat marvelos. dan amat jarang saya dengar dia bergosip...tapi tup-tup ada gak orang tak puas hati ngan dia...sebab bos dia sayang kat dia..siap ngadu ngan boses pasal perangai akak tu yang selalu datang lambat. bercakap belakang n so on..saya pernah juga bersembang dengan akak tersebut, tetapi hanya berkisar kerja n topik semasa..tidak pernah dengar dia bersembang pasal sesapa.. jadi saya amat respek kat dia...yelah sebelum ni saya dengar pasal dia dari si'muka-muka' itu tadi. jadi dalam kepala saya ape yang ada pada kakak tersebut sampaikan si'muka-muka' tadi bercerita buruk pasal kakak itu?mmmm akhirnya saya dapat satu rumusan dari palsampah katak puruku yang mengatakan "seseorang yang bercerita keburukan orang dan menunding jari ke arah orang tersebut hanya menunjukkan keburukan diri sendiri, dan tanpa sedar jejarinya itu sedang menunjukkan ke arahnye.. satu jari ke insan lain, tiga jari menghala diri sendiri" renung-renunglah..
- Senario kedua: Sesetengah orang bila mendapat berita gembira tentu akan share sesama.. yelah berita gembira... kawan-kawan pun tumpang gembira.. tapi ada gak yang nak sembunyi-sembunyi konon nak humble... tapi hampeh sebenarnya.. hahahaha..yang nin saya tak tahu ape maksud dia nak sembunyi.. sama ada kebaikan atau memang tak nak orang lain tahu padahal ramai dah tahu.. hahhahahaa lantak lah kan?
so, untuk senario pertama, saya tetapkan dalam hati, tanam dalam hati saya, 'DON'T JUDGE BOOK BY COVER' baik berkawan dulu baru selami hati budi orang itu. ye sebagai pengajaran untuk saya juga kerana saya juga hampir-hampir ter'pengaruh' dengan cerita dari si'muka-muka' itu tadi... pesan saya kat teman-teman kat luar... jangan suka sangat ber'muka-muka' hahhaha tapi main ber'mukabuku' bole hahahhahaa chow chiw chow....










Tiada ulasan:
Catat Ulasan