Halaman

Khamis, 22 Disember 2011

Mama! Nanti beli Kek epy beshday Ikhwan n Ikha ye!!!



hehehe tersengih2 mama dia bila tetiba si ikhwan minta sebijik kek sambil nyanyi lagu 'epy beshday to Kuan'.. epy beshday to 'Kuan n Ikha'... mmm mama nanti beli ye.. tulah celoteh anak sulung aku... terpinga-pinga gak la aku, tetiba lak si ikhwan ni minta kek.. tahu la birthday ikhwan n ikha around the corner.. macam tahu-tahu lak dia tu...

ooo rupanya tadi kat taska ada sambutan hari jadi.... budak tu potong kek sambil diaorg nyanyi lagu 'epy beshday'.. tadi dapatkan sebijik cup kek n cenderahati (gula-gula) dari birthday boy tu... dalam hati Ikhwan agaknye.. bila lah giliran dia nak sambut birthday cam tu...


heheh sabar ye sayang... nanti abah balik kita sambut birthday sama-sama... kan birthday ikhwan , ikha n abah dekat2 jer hari hehehhe.. mama wat besar-besaran punya.. mama masak sedap-sedap sempena birthday ikhwan & ikha ye.. kita jemput kawan-kawan ikhwan, kawan-kawan mama....


tunggu ye sayang-sayang mama... nanti mama ngan kawan-kawan mama nyanyi lagi 'EPY BESHDAY' tuk ikhwan n ikha..  eh terlupa tuk abah ikhwan n ikha sekali hehehe


ok wassalam

Selasa, 20 Disember 2011

Perkara Pertama Bila Dapat Gaji.... :)



salam kawan-kawan semua... arini saya nak tanya kawan-kawan.. perkara pertama yang kawan-kawan lakukan bila dapat gaji? plan bercuti? beli handbeg baru? beli handphone baru? servis kereta? beli itu beli ini? jalan ke sana sini? huhuhuhu last2 belum sempat 'top up' akhir bulan, tengah bulan 'berpuasa' sebab over budget.. hehee


bagi yang berumah-tangga ni tentu lain sikit kan? macam aku la bila dah berumah tangga, ada anak2 lak, barang keperluan anak2 yang di dahulukan... lepas tu baru pikir benda lain.. 

sekarang dah 20hb.. ramai dah gaji kan? gov semalam lagi dah gaji.. aku takder la perfect sangat nak wat belanjawan macam akauntan tu.. hehe setakat jadi akauntan untuk family aku udah le.. hehehe

 
 
ni adalah belanjawan aku everymonth.. setiap bulan bagi yang kat atas adalah sama kecuali api + air dan beberapa bil. tu pun aku dah kira min/max.. supaya setiap bulan aku dah siapkan duit ni.... banyakkan nak kena bayar..bak kata orang dulu-dulu.. besar periuk, besar lah keraknye.. huhuhu camne nak reduce lagi belanjawan ni... duk KL macam ni la.. lain le duk kampung maybe leh reduce skit tang rumah/ upah pengasuh..kan kan kan

so yang pasti... setiap bulan aku kena langsaikan sume utang2 ni dulu baru bole nak beli tu n ini.. tapi kadang-kala ter'over' budget gak bila ada kes2 kecemasan kan kan kan... tapi yang penting kena ada belanjawan juga bagi memantapkan ekonomi keluarga kita... lagipun 'Langit tidak selalu cerah' kena lah sediakan payung sebelum hujan.....

ok kawan-kawan jom kita buat belanjawan sendiri... :)

 



Ahad, 18 Disember 2011

Anak Kambing saya


salam semua..

agak begitu lama aku tak update blog ni.. hehhehehe.. bukan ape tiada mood n tiada kesempatan masa nak update blog.. dengan status 'ibu tinggal', seorang pekerja dan juga 'suri rumah separa masa' agak sukar untuk ku membahagikan masa hehehe 'ibu tinggal' ni sebab hubby aku masih lagi di lautan.. kui kui kui

ok lah dalam aku tak dapat nak lelapkan mata aku ni.. aku tengok la gambar2 dalam lappy aku ni .. pastu teringat lak pasal anak kambing yang incik hubby beli khas untuk ikhwan n ikha.. 5 ekor.. ape nasib engkau ye kambing...


jom kita layan gelagat ikhwan n ikha bila masuk kandang kambing ni.. hehehe

tok ngulu kambing

ikhwan n ikha masuk kandang kambing buat kali pertama

tanpa rasa takut-takut terus menerpa ke arah kambing

ikha pun minat kambing

eh nape ni ikhwan? kambing tak nak makan daun tu ek..

kambing-kambing ni cuba melarikan diri dari ikhwan

hahaha dah terperangkap dah kamu1!1


akhirnya ikhwan dapat tangkap seekor anak kambing... yeyyee

abah ikhwan n ikha tengah bincangkan harga kambing

sesi pemilihan anak2 kambing

jom ikhwan bagi tok kambing ni makan

hehehe tetiba tok kambing mengeluarkan mata kilaunnya.. hehehe


akhirnya kambing2 telah di beli .. dan di tanda dengan tag hijau.. ke semua ini milik ikhwan n ikha.. abah n mama takkan halang jika ikhwan n ikha nak jadi usahawan kambing bila besar nanti.. manalah tahu kan suatu hari nanti anak2 kambing ikhwan ni membesar dan membiak...

Ya Allah, murahkan lah rezeki ku, murahkan lah rezeki anak-anak ku, berkati lah rezeki kami semoga kami membelanjakan ke arah jalan mu.. amin..

ok stop tuk hari ni.. next time next entry... babai... assalamualaikum..

Sabtu, 3 Disember 2011

DECEMBER yang membosankan


salam semua

rasanya penghujung tahun ni rasa macam betul2 membosankan... incik hubby tak dapat balik .. rasa geram masih ada.. tapi atas nasihat incik hubby aku terpaksa mendiamkan diri.. mmm setelah di luah kat FB PGK n my wall pun masih tidak dapat meredupkan kegeraman aku..

sorry tak dapat teruskan ayat2 pedih aku ni.. kang ade yang BANNEd aku wakakkaa...

salam