alhamdulillah... baru sahaja habiskan sepinggan nasi bersama lauk ikan patin masak tempoyak.. sape yang masak? tentu lah ai sendiri.. hehhehe sedapnye sampai nak hirup2 sekali lagi kuah2 tu.. tapi rasanya kalu lebih banyak lagi tempoyak mesti ada umhhhh rasa masam2 tempoyak, pedas-pedas cili api.. huhuhuhu membuka selera bagi yang tak selera nak makan.. nyam nyam nyam
Inilah rupa ikan patin masak tempoyak. aku beli kat pasar pagi tadi..satu periuk aku masak.. sampai malam la.. adik aku pun suka,, abah aku lak tadi dah makan tapi tak tahu lah dia komen sedap ke tak.. untuk pengetahuan you ols.. ni first time aku masak ikan patin tempoyak ni.. hehhe rasanya marvelos gak (puji diri sendiri) hehe tapi tak semarvelos mak mertua aku la.. hahah nanti aku nak usha lah secret recepi dari mak mertua aku.. heheh
Memaparkan catatan dengan label ikan patin masak tempoyak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan patin masak tempoyak. Papar semua catatan
Khamis, 9 Jun 2011
Wow..saya Dapat Masak Dan Makan Ikan Patin Masak tempoyak....!!!!
sedapkan nampak dari atas.. hehehehre ni gmbar aku amik selepas masak. panas-panas gitu.. aku dah berulang mkn nasi dah dua kali ni petang ni.. habis la diet aku.. kawan2 cuba lah resepi yang saya ada bagi aritu.. memang menjadi.. selamat menjamu selera...
Rabu, 8 Jun 2011
Oh! Ikan Patin Masak Tempoyak...aku terliur..
oh ikan patin masak tempoyak.....ni gara-gara ada member FB aku yang upload gambar ikan patin ni dalam dianye FB.. aku ni pantang nengok lauk nim.. peberet... sedapnye... kalu pedas-pedas gitu lagi perhhhhhhh menyelerakan...arghhhhh mane aku nak cari kedai ni nak makan lauk ikan patin masak tempoyak...
aku dulu mane reti nak makan ikan patin masak tempoyak.. dulu kalu ikan patin or ikan sungai aku masak asam pedas jer (aku orang Kelantan).. sejak kawin ngan hubby aku (walaupun duk pahang, tapi mak n abah dia asal N9 n Melaka) aku dah rasa macam2 masakan dari negeri lain. Memang marvelos rasanya. Yang paling sedap aku rasa mestilah air tangan mak mertua aku.. Pn. Noriah a.k.a Rainah... sedap weh.. sehingga licin pinggan aku jilat....hahahaha... nak suh mak mertua masak segan lak.. so terpaksa ah tunggu hubby balik dari belayar baru tak segan sangat.. huhuhu camne ye resepi ikan patin masak tempoyak..
Okay lah ni resepi dari pakcik google aku untuk santapan korang...
Bahan-bahan:
Bahan-Bahan utama: Satu ekor ikin patin (patin sangkar)
(ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
20 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun cina (dipotong dadu)
2 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
sedikit asam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas)
Cara-cara nak masak.
- ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan.
- kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi dan terus masukkan kedalam periuk yang diletakkan air.
- gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan
- masukan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam secukup rasa dan rasalah sedikit kuahnya,jika agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.
~~~~~~~~SELAMAT MENCUBA~~~~~~~
Langgan:
Catatan (Atom)











