KUALA LUMPUR: Wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video, yang kini tersebar di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara kerana perbuatannya itu.
Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu, kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama.
Wanita itu kini menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu. - BERNAMA -sumber mStar Online khamis 10 mei 2012
saya dah tengok video ni. pada pendapat saya yang merakam pun patut di hukum juga kerana di kira bersubahat. sanggup dia hanya melihat perbuatan dera di lakukan semata-mata mahu merakam perbuatan tersebut. amat tidak bertimbang rasa dan tiada belas ihsan bagi kedua-dua (pelaku & orang yang merakam video) terhadap bayi tersebut.










Tiada ulasan:
Catat Ulasan