Halaman

Selasa, 12 Jun 2012

bila budak comel kerinduan!!!


tadi aku main hp.. sajer dail sape-sape berkenan di hati.. si ikha lak terus rampas phone dari tangan aku sambil cakap..

ikha: abah... elo.. abah.... mama.. abah kje..

siannya anak perempuan mama ni.. nanti abg call kita ye sayang.. badan ikha dah start panas, batuk n selsema.. mmm ni mesti penangan rindu kat abah dia.. so ape boleh buat, mainkan gambar-gambar kenangan dengan abah la... tu jer yang mampu mengubat rindu dia..


abah.. we waiting k..


Khamis, 7 Jun 2012

mama.. cepat la nak ailo.. nak ailo!!!


tengah mama seronok membalas email-email cinta dari incik hubby, tetiba ikhwan : mama... mama... cepat la... nak ailo(milo).. cepat ah buat... hahhaaa nak botol dah budak-budak ni.. ok jap sayang mama buat ailo tuk ikwan ye..

mama sayang ikhwan & ikha..  jantung hati mama & abah.. hehehe abah cakap dia rindu sama ikha n ikhwan.. hehehe

nanti kalu ada rezeki kita jumpa ye sayang... ok lah dah merengek-rengek... dah kanak-kanak ribena tu... 


ok chow chee chow...

Rabu, 6 Jun 2012

Kisah Pemandu Teksi


tadi aku terbangun lambat pergi keje.. tu sume gara-gara salesman yang datang kutip ansuran sampai lambat. pukul 12.30 mlm baru sampai.. huhuhuhu.. ngantuknya.. dan juga sedikit kepeningan..

masa tengah tunggu teksi, ada teksi ni berhenti lah depan kedai yang jual nasi pagi... aku tahan la teksi-teksi yang lain.. bila dia perasan aku nak guna teksi, dia putuskan perbualan dia dengan akak yang jual nasi pagi tu.

dalam teksi

pemandu teksi: akak yang jual kat sebelah kedai tu nak kawin..

aku: akak yang mane pakcik? bukan ke akak tu saya baru nampak suami dia aritu..

pemandu teksi: akak yang jual ikan bakar tu. laki dia meninggal 6 bulan lepas. dia minat saya. tapi saya masih ada orang rumah. kalau orang rumah meninggal ke boleh juga.

aku: ooo ye ke... ciannye dia... patut lah dah lama tak nampak dia bukak kedai..

pemandu teksi: saya dah anggap dia adik beradik. nama dia sama dengan orang rumah saya. nanti ape pula kata orang kampung.

aku: (dalam hati) yelah nanti heboh satu kampung

pemandu teksi: saya sebenarnya tak minat dia.. saya minat orang lain. perempuan tu umur 37 tahun. tapi belum bercerai lagi. sekarang dalam proses bercerai..

aku: (dalam hati) mak ai ada hati.. minat kat orang yang dah kawin pula.. (ni aku cakap) kenapa dengan suami perempuan tu? kaki perempuan ke? dadah ke? pemabuk ke?

pemandu teksi: bukan .. tapi laki tu ada la selalu buat kat perempuan tu. dia dah tak tahan. dah 20 tahun minta cerai tapi tak dapat. ni baru nak uruskan..

aku: kenapa tak dapat? laki dia sayang lagi tu kat isteri dia..

pemandu teksi: perempuan tu dah tak tahan dengan suami dia. macam-macam suami dia buat kat dia. ni baru nak bercerai.

aku: (dalam hati) mungkin perempuan tu naik mahkamah nak bercerai dengan suami dia.. ape yang suami dia buat ye sampai macam tu sekali dia nekad? atau dia memang perempuan yang gedik, suka goda orang, then suami dia marah sebab tu kena pukul ke ape ke? tapi suami dia tentu masih sayang kat dia sebab 20 tahun masih lagi tidak ceraikannya? atau suaminya suka / dera dia dengan 'gantung tak bertali'.. entahlah ape-ape pun hanya mereka berdua yang tahu..

aku: macam-macam lah ye zaman sekarang.. tapi pakcikkan dah ada orang rumah. anak2 pun ada..

pemandu teksi: (terdiam)..

kebetulan dah sampai opis aku. jadi perbualan kami terputus di situ...macam-macam zaman sekarang....ada juga isteri orang minat suami orang (bercinta la) dari cerita pakcik tu macam dia memang tunggu si perempuan tu cerai dengan laki dia.

aku pun tak tahu kenapa pakcik tu boleh bercerita pasal tu kepada aku... adakah aku nampak seperti penyelesai masalah? tapi senang saja orang bercerita itu ini dengan ku... tapi aku adalah orang luar.. malah  baru mengenali pakcik tu hari ni..

zaman sekarang memang dah tidak boleh percaya apa-apa.. hanya cinta pada ALLAH swt sahaja yang kekal abadi.. 

chow cheee chowwww..

Isnin, 4 Jun 2012

GErhana BUlan

Gerhana bulan tanda peringatan, insafkan ummah


2012/06/04- berita harian-agama

HARI ini kita diperlihatkan dengan kuasa Allah SWT yang Maha Agung iaitu kejadian gerhana bulan. Gerhana ini berlaku ketika bulan berada bertentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari, ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang.

Begitulah kehebatan kekuasaan Allah SWT yang mampu mengubah segala-galanya di langit dan bumi pada bila-bila masa yang tidak ada satu kuasa lain dapat menyekat qada’ dan qadar Allah SWT.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahu pun bulan, tetapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah.” (Surah Fussilat, ayat 37)
Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah. - Riwayat al-Nasai
Oleh itu, jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ia bukan tanda akan timbul kejadian aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana berlaku atas sifat wajib bagi Allah SWT iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa juga kekuatan di dunia ini.

Setiap perubahan berlaku terhadap cakerawala mengandungi hikmah tersendiri. Begitu juga perubahan kepada matahari dan bulan, sudah pastinya mengandungi hikmat tertentu antaranya memberi peringatan supaya hamba-Nya tidak melampaui batas dan sentiasa bermuhasabah.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah SWT. Allah menakutkan hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Gerhana bulan adalah peringatan Allah SWT untuk seluruh manusia supaya patuh perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya yang akan berlaku sepanjang zaman sebagai amaran Allah SWT di atas segala keterlanjuran hamba-Nya.
Kejadian ini akan berterusan sehingga matahari dan bulan dihimpunkan, ketika itu berlakunya kiamat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka apabila mata terbelalak (ketakutan), dan apabila bulan telah hilang cahayanya dan matahari dan bulan dikumpulkan.” (Surah al-Qiyamah, ayat 7-9)

Kita dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika berlaku gerhana supaya bersegera melakukan perkara berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah, beristighfar dan menghindari daripada melakukan perkara mungkar, maksiat serta perbuatan syirik.

Ummul mukminin Saidatina Aishah berkata dalam riwayat al-Nasai yang mafhumnya: “Dan sesungguhnya telah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan orang ramai sambil memuji Allah SWT dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah. Sabda Nabi SAW: Wahai umat Muhammad, jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis.”

Diharap kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, kesedaran, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Marilah berdoa kepada Allah SWT semoga gerhana yang berlaku tidak mengakibatkan berlaku malapetaka alam seperti perubahan angin dan cuaca yang memberi kesan kepada alam sekitar antaranya perubahan tabii alam, tumbuh-tumbuhan serta kehidupan di dunia.

Sebagai usaha untuk melahirkan keteguhan dan mengekalkan kekuatan iman dalam diri umat Islam, mimbar menggariskan beberapa nasihat untuk dijadikan pedoman antaranya berfikir dan bertafakur setiap kejadian fenomena alam.

Kedua, memperingati nikmat syurga dan azab neraka. Ketiga, menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah SWT. Keempat, menghitung, mempertingkatkan serta memperkemas amal kebajikan sepanjang masa dan kelima, bersegera memohon taubat kepada Allah SWT. 
 
Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah. - Riwayat al-Nasai  

sumber berita harian- 4-6-2012- agama... terima kasih di atas info ini.. saya share ye..